Thursday, 30 August 2012

Rancangan Pengajaran Harian


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
1.
Tahun
5 Maju
2.
Tarikh / Masa
28.08.2012
3.
Bilangan Murid
35 orang
4.
Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
5.
Tajuk
Si Tanggang

6.

(a)


HPU / HPK

7.0       Membaca, menaakul, dan menghayati kandungan
             teks yang dibaca

  7.1     Membaca dan menerangkan maksud kandungan
            teks yang tersurat dan tersirat.
 
(b)

ARAS

Aras 2
i.    Menjelaskan maksud tersurat dan tersirat berdasarkan
      bahan yang dibaca.


 (c)


HPS

11.3  Menulis karya sastera yang mudah secara umum
         dari segi tema dan persoalan, watak dan
         perwatakan, nilai dan pengajaran, dan gaya bahasa.

  8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal, dan
        ayat majmuk.

 





(d)






ARAS

Aras 2

i.    Menyusun peristiwa yang terdapat dalam teks

ii.   Menjelaskan latar yang terdapat dalam teks

iii.  Memberikan komen tentang peristiwa dan latar yang
      terdapat dalam teks.


Aras 1
i.    Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan
      topik yang diberikan.


7.

OBJEKTIF

Murid dapat :
i.       Membaca dan menjelaskan maksud kandungan teks 
        ‘Si Tanggang’ berdasarkan kepada peristiwa dan
         nilai-nilai murni yang dapat dipelajari dalam petikan
         tersebut.

ii.      Menulis karya sastera Si Tanggang dari
         segi latar dan plot mengikut susunan peristiwa dalam
         teks.

iii.     Membina ayat tunggal berdasarkan perkataan
         yang dihitamkan dalam petikan teks Si Tanggang.



8.

KEMAHIRAN BAHASA
( Tandakan √   mana yang  berkenaan )
MENDENGAR     MEMBACA          BERTUTUR     MENULIS
 

                                                                              

9.

SISTEM BAHASA
( Tandakan √     mana yang berkenaan )
TATABAHASA       EJAAN             KOSA KATA    SEBUTAN &          
                                                                                INTONASI
          
                                                                      



10.



PENGISIAN KURIKULUM

Ilmu
 

Nilai Murni

Kewarganegaraan
 

Peraturan Sosio Budaya

Pendidikan Moral

Kasih sayang







11.



KEMAHIRAN

BERNILAI  TAMBAH

Kem. Berfikir


Kem. TMK                     



Kecerdasan Pelbagai

Kem. Konstruktivisme


Kem. Belajar Cara Belajar


Kem. Kontekstual      

        


Kajian Masa Depan






12.

BAHAN BANTU MENGAJAR

Keratan teks ‘Si Tanggang’, keratan watak lakonan cerita Si Tanggang, lipatan perkataan-perkataan, kertas soalan,video


13.

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid pernah membaca dan mendengar cerita-cerita rakyat





 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Langkah dan masa
Isi kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

Set induksi ( 5minit )


Video anak derhaka- sumpahan ibu terhadap anaknya


 Contoh soalan:       
 i. Siapakah yang
    pernah mendengar
    atau membaca kisah
   mengenai sumpahan
   ibu terhadap   
    anaknya
   yang akhirnya
    menjadi batu?

ii. Apakah tajuk
    mengenai kisah
    sumpahan ibu ini?

a.Guru menayangkan klip  video berkaitan dengan sumpahan ibu terhadap anak yang derhaka dan menceritakan mengenai kisah dalam video tersebut.
b.Guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang cerita Si Tanggang.
c.Guru menerangkan kisah anak derhaka tadi kaitan dengan tajuk pengajaran pada hari ini.







Klip Video ‘Si Tanggang derhaka’

Kontekstual :
- menghubung
  kaitkan isi
  pelajaran
  dengan
  pengalaman
  sedia ada
  murid.

Langkah 1
( 15 minit )

(lembaran 1)
Petikan teks cerita ‘Si Tanggang’. 

a.     Guru mengedarkan petikan teks ‘Si Tanggang’ kepada murid-murid.

Guru meminta murid membaca teks ‘SiTanggang’mengikut perenggan secara  individu  dan juga secara berkumpulan dengan kuat. Murid lain  dikehendaki mendengar   dan memahami cerita tersebut.

c.    Guru mendengar dan memperbetulkan sebutan serta intonasi bacaan murid-murid.


Petikan teks ‘Si Tanggang’.

Kemahiran Belajar Cara Belajar :

- mendengar
 dengan cekap
- membaca
  mekanis
( membaca
  kuat)

Langkah 2
( 17 minit)
Lembaran 2(a)
Helaian lakonan watak.
Watak-watak :


a.    Si Tanggang- anak lelaki

b.    Si Deruma – ibu


c.    Si Talang – bapa


d.    Anak kapal


e.    Pencerita

  1. Guru membahagikan murid-murid kepada 5 kumpulan.

  1. Guru mengedarkan helaian lakonan watak setiap satu mengikut kumpulan.

  1. Guru meminta murid-murid melantik seorang ketua bagi setiap kumpulan.Ketua berperanan untuk mencari dan menyediakan pelakon-pelakon dalam kumpulan masing-masing berdasarkan watak selama 5 minit.

  1. Setiap kumpulan diberi masa selama 5 minit  untuk melakonkan semula watak-watak yang terdapat dalam helaian lakonan watak kisah ‘Si Tanggang’ yang diberi .

  1. Guru menilai kumpulan yang berjaya melakonkan watak dengan berkesan. Aspek yang dinilai adalah dari segi sebutan, intonasi dan gaya lakonan murid-murid.

  1. Guru memberi ganjarankepada kumpulan yang berjaya melakonkan watak dengan berkesan.

Helaian lakonan watak diberi setiap satu mengikut kumpulan.

Kecerdasan


Pelbagai:
- interpersonal






Teater bercerita

Main peranan

Langkah 3
( 18 minit)

( Lembaran kerja 3a)
Helaian soalan berdasarkan susunan peristiwa yang berlaku dalam teks Si Tanggang.




(Lembaran kerja 3b)
Membina ayat berdasarkan

perkataan-perkataan :
-       miskin
-       berkhayal
-       kapal
-        bekerja
-       terkenal
-       rajin
-       sungai
-       malu
-       uzur
-       sedar





  1. Guru mengedarkan helaian soalan susunan peristiwa kepada murid-murid mengikut kumpulan yang telah dibentuk tadi.

  1. Murid menyusun peristiwa-peristiwa yang terdapat dalam cerita Si Tanggangsecara berkumpulan selama 5 minit.

  1. Guru meminta murid membacakan susunan peristiwa yang betul secara individu.

  1. Secara berkumpulan, murid-murid diminta memilih 5 perkataan untuk membina ayatberdasarkan perkataan-perkataan yang dihitamkan dalam petikan teks Si Tanggang.

  1. Setiap ketua kumpulan diminta mengambil 2 lipatan soalan dalam kotak yang disediakan. Setiap lipatan soalan mengandungi satu perkataan. Guru meminta muridmembina ayat berdasarkan perkataan yang diperolehi melalui perbincangan dalam kumpulan.

  1. Wakil setiap kumpulan diminta untuk menulis ayat-ayat yang telah dibina di papan hitam.

  1. Guru membetulkan binaan ayat dan ejaan murid-murid.


Helaian soalan susunan peristiwa

Lipatan perkataan-perkataan

Penilaian Formatif :

 penilaian
  formatif
  dijalankan
  secara
  pemerhatian.


Penutup
( 5 minit )

Menyanyi lagu
Klik di sini  Buatmu Ibu
  1. Guru menayangkan klip video lagu ‘Buatmu Ibu’ kepada murid-murid.
  2. Guru meminta murid menghayati lagu tersebut.
  3. Murid diminta untuk memberi dan menyatakan empat nilai  murni dan dua pengajaran yang terdapat dalam video klip lagu ‘Buatmu Ibu’ ini.
  4. Semua murid dan guru sama-sama menyanyi lagu itu.

TKP :
- kontestual


Lembaran langkah 1
PETIKAN TEKS- SI TANGGANG


Si Talang dan Si Deruma mempunyai seorang anak lelaki bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka sekeluarga amatlah miskin. Si Tanggang selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal.
            Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara sungai yang berhampiran dengan rumahnya. Si Tanggang pergi berjumpa dengan Nakhoda kapal itu dan meminta untuk dijadikan anak kapalnya. Nakhoda kapal itu terus bersetuju kerana telah melihat kecekapan Si Tanggang bersampan dan bekerja.
        Si Tanggang melakukan apa sahaja kerja yang diperintahkan oleh Nakhoda. Nakhoda amat suka dengannya kerana dia rajin bekerja. Lalu, Si Tanggang pun diambil sebagai anak angkat. Apabila Nakhoda menjadi uzur, maka Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda baru. Dia dipanggil Nakhoda Tanggang.
    Si Tanggang cekap dan pandai berniaga. Namanya menjadi terkenal. Oleh itu dia dijemput oleh Sultan ke istana. Tidak lama kemudian, Si Tanggang pun berkahwin dengan puteri Sultan. Si Tanggang membawa isterinya berlayar ke banyak tempat di merata negeri.
    Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asal-usulnya. Orang kampung mengetahui nakhoda kapal itu Si Tanggang. Mereka pun memberitahu kepada orang tuanya.
     Si Talang dan Si Deruma pun pergilah berkayuh sampan menuju ke kapal Nakhoda Tanggang. Si Deruma membawa makanan kegemaran Si Tanggang, iaitu pisang salai. Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Seketika kemudian, Si Tanggang muncul dengan isterinya.
      Si Tanggang berasa malu untuk mengaku orang tua itu ibu bapanya. Kesusahan dan kemiskinan membuat Si Talang dan Si Deruma kelihatan begitu uzur dan daif sekali. Lalu, Si Tanggang menghalau ibu bapanya itu.
      Si Talang dan Si Deruma berasa terlalu sedih dan kecewa. Sungguh tidak disangka anak kesayangan mereka telah berubah. Mereka pun berdayung ke tepi. Apabila tiba di daratan, Si Deruma memandang ke langit. Dia berdoa supaya Si Tanggang diberi petunjuk bahawa dialah ibunya.
      Tiba-tiba petir berdentum. Angin bertiup kencang. Kapal yang sedang berlabuh itu terumbang-ambing. Ketika itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah menderhaka.
     Akan tetapi, Si Tanggang sudah terlambat. Gelombang yang kuat memecahkan kapalnya. Apabila ribut reda, kapal Si Tanggang menjadi batu. Semua anak kapal juga bertukar menjadi batu. Si Tanggang dan isterinya turut menjadi batu.

Lembaran kerja langkah 2
LAKONAN WATAK

Si Talang    : Anak kita sudah pulang. Marilah kita pergi tengok.

Si Deruma     : Ya, aku rindukan Si Tanggang. Khabarnya dia sudah kaya sekarang.

(Pergilah Si Talang dan Si Derama menuju ke kapal Nakhoda Tanggang dengan membawa pisang salai makanan kegemaran Si Tanggang.)
Si Tanggang : Siapakah kedua-dua orang tua ini wahai anak kapal?

Anak kapal  : Mereka mengaku sebagai ibu bapa tuan.

Si Tanggang : Ibu bapa hamba? Oh, tidak! Hamba tidak mempunyai ibu bapa lagi.
                         Mereka bukan ibu bapa hamba. Jangan benarkan kedua pengemis
                         ini naik ke kapal!
Anak kapal    : Baik, tuan. Hamba akan menghalau mereka.

Si Deruma     : Oh, anakku, Si Tanggang! Aku ibumu. Ibu ada bawakan pisang salai
                         kegemaranmu, nak.
Si Tanggang  : Pergi kau si pengemis!

(Si Deruma sangat bersedih hati. Apabila tiba di daratan, Si Deruma memandang ke langit. Sambil mengangkat kedua-dua belah tangan dia berdoa)

Si Deruma    : Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu
                         kandungnya.
                       ( Angin bertiup kencang dan petir berdentum)

Si Tanggang  : Oh, ibu! Ampunkanlah Tanggang. Tanggang mengaku, Tanggang
                          anak ibu! Ibu, tolong Tanggang!
Si Deruma    : Kamu sudah terlewat, anakku!

Si Tanggang  : Ibu!

( Si Tanggang, isterinya dan anak-anak kapalnya bertukar menjadi batu)


Lembaran kerja langkah 3a)
Jawab soalan-soalan berikut. Susunkan peristiwa-peristiwa dalam cerita ‘Si Tanggang' mengikut urutan yang betul.
  1. Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asal usulnya.(c)
  2. Apabila Nakhoda menjadi uzur, maka Si Tanggang dilantik  menjadi nakhoda baru. Dia dipanggil  Nakhoda Tanggang. (b)
  3. Si Tanggang pergi berjumpa dengan Nakhoda kapal dan meminta untuk dijadikan anak kapalnya.(a)
  4. Si Talang dan Si Deruma pun pergilah berkayuh sampan menuju ke kapal Nakhoda Tanggang.(d)
  5. Si Deruma berdoa supaya Si Tanggang diberi petunjuk bahawa dialah ibunya.(f)
  6. Si Tanggang berasa malu untuk mengaku bahawa orang tua itu ibu bapanyalalu menghalau mereka.(e)
  7. Si Tanggang, isteriya dan semua anak kapal bertukar menjadi batu.(h)
  8. Tiba - tiba petir berdentum dan angin bertiup kencang.(g)

Lembaran  kerja langkah 3b- membina ayat


MISKIN
 




1._____________________________________________________________________


 

BERKHAYAL



2._____________________________________________________________________


  BEKERJA






3.____________________________________________________________________



 

 KAPAL



4____________________________________________________________________



 
 TERKENAL




5.____________________________________________________________________

No comments:

Post a Comment