RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN
1.
|
Tahun
|
5 Maju
|
|||
2.
|
Tarikh / Masa
|
28.08.2012
|
|||
3.
|
Bilangan Murid
|
35 orang
|
|||
4.
|
Mata Pelajaran
|
Bahasa Melayu
|
|||
5.
|
Tajuk
|
Si Tanggang
|
|||
6.
(a)
|
HPU / HPK
|
7.0 Membaca, menaakul, dan menghayati
kandungan
teks yang dibaca
7.1
Membaca dan menerangkan maksud kandungan
teks yang tersurat dan tersirat.
|
|||
(b)
|
ARAS
|
Aras 2
i. Menjelaskan maksud tersurat dan tersirat
berdasarkan
bahan yang dibaca.
|
|||
(c)
|
HPS
|
11.3 Menulis karya sastera yang mudah secara
umum
dari segi tema dan persoalan, watak
dan
perwatakan, nilai dan pengajaran,
dan gaya bahasa.
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat
tunggal, dan
ayat majmuk.
|
|||
(d)
|
ARAS
|
Aras 2
i.
Menyusun peristiwa yang terdapat dalam teks
ii.
Menjelaskan latar yang terdapat dalam teks
iii.
Memberikan komen tentang peristiwa dan latar yang
terdapat dalam teks.
Aras 1
i. Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat
berdasarkan
topik yang diberikan.
|
|||
7.
|
OBJEKTIF
|
Murid dapat
:
i. Membaca dan menjelaskan maksud
kandungan teks
‘Si Tanggang’ berdasarkan kepada
peristiwa dan
nilai-nilai murni yang dapat
dipelajari dalam petikan
tersebut.
ii. Menulis karya sastera Si Tanggang dari
segi latar dan plot mengikut susunan
peristiwa dalam
teks.
iii. Membina ayat tunggal berdasarkan
perkataan
yang dihitamkan dalam petikan teks
Si Tanggang.
|
|||
8.
|
KEMAHIRAN
BAHASA
( Tandakan
√ mana yang berkenaan )
|
MENDENGAR MEMBACA BERTUTUR MENULIS
√ √ √ √
|
|||
9.
|
SISTEM
BAHASA
( Tandakan
√ mana yang berkenaan )
|
TATABAHASA EJAAN KOSA KATA SEBUTAN &
√ √ √ √
|
|||
10.
|
Ilmu
Nilai Murni
Kewarganegaraan
Peraturan
Sosio Budaya
|
Pendidikan
Moral
Kasih
sayang
|
|||
11.
|
KEMAHIRAN
BERNILAI TAMBAH
|
Kem.
Berfikir
|
√
|
Kem.
TMK
|
|
Kecerdasan
Pelbagai
|
√
|
Kem.
Konstruktivisme
|
|||
Kem.
Belajar Cara Belajar
|
√
|
Kem.
Kontekstual
|
√
|
||
Kajian Masa
Depan
|
|||||
12.
|
BAHAN BANTU
MENGAJAR
|
Keratan
teks ‘Si Tanggang’, keratan watak lakonan cerita Si Tanggang, lipatan
perkataan-perkataan, kertas soalan,video
|
|||
13.
|
PENGETAHUAN
SEDIA ADA
|
Murid
pernah membaca dan mendengar cerita-cerita rakyat
|
|||
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Langkah
dan masa
|
Isi
kandungan
|
Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
Set induksi ( 5minit )
|
Video anak derhaka- sumpahan ibu terhadap anaknya
Contoh
soalan:
i.
Siapakah yang
pernah mendengar
atau membaca kisah
mengenai
sumpahan
ibu
terhadap
anaknya
yang
akhirnya
menjadi
batu?
ii. Apakah tajuk
mengenai kisah
sumpahan ibu ini?
|
a.Guru menayangkan klip video berkaitan dengan sumpahan ibu
terhadap anak yang derhaka dan menceritakan mengenai kisah dalam video
tersebut.
b.Guru bersoal jawab
dengan murid-murid tentang cerita Si Tanggang.
c.Guru menerangkan kisah
anak derhaka tadi kaitan dengan tajuk pengajaran pada hari ini.
|
Klip Video ‘Si Tanggang derhaka’
Kontekstual :
- menghubung
kaitkan isi
pelajaran
dengan
pengalaman
sedia ada
murid.
|
Langkah 1
( 15 minit )
|
(lembaran 1)
Petikan teks cerita ‘Si Tanggang’.
|
a. Guru
mengedarkan petikan teks ‘Si Tanggang’ kepada murid-murid.
Guru meminta murid membaca teks ‘SiTanggang’mengikut perenggan secara individu dan juga secara berkumpulan dengan kuat. Murid lain
dikehendaki mendengar dan memahami cerita tersebut.
c. Guru
mendengar dan memperbetulkan sebutan serta intonasi bacaan murid-murid.
|
Petikan teks ‘Si
Tanggang’.
Kemahiran Belajar Cara Belajar
:
- mendengar
dengan cekap
- membaca
mekanis
( membaca
kuat)
|
Langkah 2
( 17 minit)
|
Lembaran 2(a)
Helaian lakonan watak.
Watak-watak :
a.
Si Tanggang- anak lelaki
b.
Si Deruma – ibu
c. Si
Talang –
bapa
d. Anak
kapal
e.
Pencerita
|
|
Helaian
lakonan watak diberi setiap satu mengikut kumpulan.
Kecerdasan
Pelbagai:
-
interpersonal
Teater
bercerita
Main
peranan
|
Langkah 3
( 18 minit)
|
( Lembaran kerja 3a)
Helaian soalan berdasarkan
susunan peristiwa yang berlaku dalam teks Si Tanggang.
(Lembaran kerja 3b)
Membina ayat berdasarkan
perkataan-perkataan :
- miskin
- berkhayal
- kapal
- bekerja
- terkenal
- rajin
- sungai
- malu
- uzur
- sedar
|
|
Helaian
soalan susunan peristiwa
Lipatan
perkataan-perkataan
Penilaian
Formatif :
penilaian
formatif
dijalankan
secara
pemerhatian.
|
Penutup
( 5 minit )
|
Menyanyi lagu –
Klik
di sini Buatmu Ibu
|
|
TKP
:
-
kontestual
|
Lembaran
langkah 1
PETIKAN TEKS- SI TANGGANG
Si Talang dan Si Deruma mempunyai seorang anak lelaki bernama Si
Tanggang. Kehidupan mereka sekeluarga amatlah miskin. Si Tanggang selalu berkhayal
untuk menjadi kaya dan terkenal.
Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat
sebuah kapal besar berlabuh di muara
sungai yang berhampiran dengan rumahnya. Si Tanggang pergi berjumpa dengan
Nakhoda kapal itu dan meminta untuk dijadikan anak kapalnya. Nakhoda kapal itu
terus bersetuju kerana telah melihat kecekapan Si Tanggang bersampan dan
bekerja.
Si
Tanggang melakukan apa sahaja kerja yang diperintahkan oleh Nakhoda. Nakhoda
amat suka dengannya kerana dia rajin
bekerja. Lalu, Si Tanggang pun diambil sebagai anak angkat. Apabila Nakhoda
menjadi uzur, maka Si Tanggang
dilantik menjadi nakhoda baru. Dia dipanggil Nakhoda Tanggang.
Si
Tanggang cekap dan pandai berniaga. Namanya menjadi terkenal. Oleh itu dia
dijemput oleh Sultan ke istana. Tidak lama kemudian, Si Tanggang pun berkahwin
dengan puteri Sultan. Si Tanggang membawa isterinya berlayar ke banyak tempat
di merata negeri.
Pada
suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asal-usulnya. Orang kampung mengetahui nakhoda kapal
itu Si Tanggang. Mereka pun memberitahu kepada orang tuanya.
Si Talang dan Si Deruma pun pergilah
berkayuh sampan menuju ke kapal Nakhoda Tanggang. Si Deruma membawa makanan
kegemaran Si Tanggang, iaitu pisang salai. Apabila tiba di kapal, seorang anak
kapal melarang mereka naik. Seketika kemudian, Si Tanggang muncul dengan
isterinya.
Si
Tanggang berasa malu untuk mengaku
orang tua itu ibu bapanya. Kesusahan dan kemiskinan membuat Si Talang dan Si
Deruma kelihatan begitu uzur dan daif sekali. Lalu, Si Tanggang menghalau ibu
bapanya itu.
Si Talang dan Si Deruma berasa terlalu sedih dan
kecewa. Sungguh tidak disangka anak kesayangan mereka telah berubah. Mereka pun
berdayung ke tepi. Apabila tiba di daratan, Si Deruma memandang ke langit. Dia
berdoa supaya Si Tanggang diberi petunjuk bahawa dialah ibunya.
Tiba-tiba petir berdentum. Angin bertiup kencang. Kapal yang sedang berlabuh itu terumbang-ambing. Ketika
itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa
ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah menderhaka.
Akan tetapi, Si Tanggang sudah terlambat. Gelombang
yang kuat memecahkan kapalnya. Apabila ribut reda, kapal Si Tanggang menjadi
batu. Semua anak kapal juga bertukar menjadi batu. Si Tanggang dan isterinya
turut menjadi batu.
Lembaran
kerja langkah 2
LAKONAN
WATAK
Si Talang : Anak kita sudah pulang. Marilah kita pergi tengok.
Si
Deruma :
Ya, aku rindukan Si Tanggang. Khabarnya dia sudah kaya sekarang.
(Pergilah
Si Talang dan Si Derama menuju ke kapal Nakhoda Tanggang dengan membawa pisang
salai makanan kegemaran Si Tanggang.)
Si
Tanggang : Siapakah kedua-dua orang tua ini wahai anak
kapal?
Anak
kapal : Mereka
mengaku sebagai ibu bapa tuan.
Si Tanggang : Ibu bapa hamba? Oh, tidak! Hamba tidak mempunyai
ibu bapa lagi.
Mereka bukan ibu bapa
hamba. Jangan benarkan kedua pengemis
ini naik ke kapal!
Anak
kapal : Baik,
tuan. Hamba akan menghalau mereka.
Si Deruma : Oh,
anakku, Si Tanggang! Aku ibumu. Ibu ada bawakan pisang salai
kegemaranmu, nak.
Si
Tanggang :
Pergi kau si pengemis!
(Si
Deruma sangat bersedih hati. Apabila tiba di daratan, Si Deruma memandang ke
langit. Sambil mengangkat kedua-dua belah tangan dia berdoa)
Si Deruma : Oh,
Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu
kandungnya.
( Angin
bertiup kencang dan petir berdentum)
Si Tanggang :
Oh, ibu! Ampunkanlah Tanggang. Tanggang mengaku, Tanggang
anak ibu! Ibu, tolong
Tanggang!
Si
Deruma :
Kamu sudah terlewat, anakku!
Si
Tanggang :
Ibu!
(
Si Tanggang, isterinya dan anak-anak kapalnya bertukar menjadi batu)
Lembaran
kerja langkah 3a)
Jawab soalan-soalan berikut.
Susunkan peristiwa-peristiwa dalam cerita ‘Si Tanggang' mengikut urutan yang
betul.
- Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asal usulnya.(c)
- Apabila Nakhoda menjadi uzur, maka Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda baru. Dia dipanggil Nakhoda Tanggang. (b)
- Si Tanggang pergi berjumpa dengan Nakhoda kapal dan meminta untuk dijadikan anak kapalnya.(a)
- Si Talang dan Si Deruma pun pergilah berkayuh sampan menuju ke kapal Nakhoda Tanggang.(d)
- Si Deruma berdoa supaya Si Tanggang diberi petunjuk bahawa dialah ibunya.(f)
- Si Tanggang berasa malu untuk mengaku bahawa orang tua itu ibu bapanyalalu menghalau mereka.(e)
- Si Tanggang, isteriya dan semua anak kapal bertukar menjadi batu.(h)
- Tiba - tiba petir berdentum dan angin bertiup kencang.(g)
Lembaran kerja langkah 3b- membina ayat
| MISKIN |
1._____________________________________________________________________
BERKHAYAL
2._____________________________________________________________________
BEKERJA
3.____________________________________________________________________
KAPAL
4____________________________________________________________________
TERKENAL
5.____________________________________________________________________
